Tuesday, June 24, 2008

About Me and My Bridal

Saya Nor Azilawati binti Mohd Misni, just call me Azie or Aze (Azzay) tarikh lahir 5 Ogos 1979. melakukan part time jobs sebagai "cik andam' atas dorongan bonda tercinta yang mana beliau juga pernah menjalankan perniagaan andaman suatu ketika dulu (zaman dia muda2 ler)..dengan bantuan Kak Nani (kakak ipar) kami menjalankan pernigaan keluarga dalam bidang andaman ini. Pelbagai pakej telah kami sediakan dari harga serendah RM 800 ke RM 1600 dan keatas...mengikut keperluan..(harga boleh dirunding)..kepada para kenkawan dan sahabat harga istimewa untuk anda...keperluan dari andaman (mekap), baju pengantin, pelamin,persalinan, makan beradab, khemah, dulang hantaran. gubahan hantaran dsbnya turut ada...

Pengenalan Nasi Ambang :-

Lain Padang lain Belalang..Aku lahir diantara pertembungan budaya emak abah yang ada sedikit perbezaan....Maknanya aku ni jenis kacukan dari dua jenis belalang yang berjumpa disatu padang yang sama..Mak orang melayu bugis (campuran)yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak..abahku berketurunan jawa dari Banting, Selangor..arwah nenek ku pure from jawa timur...kekadang untuk berbual dengan arwah nenek ku satu perkara yang sukar...mana tidaknya dah belalang kacuk jumpa belalang jenis lain...dah tentu slanga berlainan...tetapi satu yang aku bangga jadi anak abah aku yang jawa ni..semangat kemasyarakatan masyarakat jawa ni kuat...kawan-kawan aku pun cakap begitu..
Aku tidak tau mana asal usul nyer nasi ambang (nasi ambeng) ni...tapi apa yang aku tau..asal kenduri jer mesti ada nasi ambang...
Nasi Ambang ni..merupakan sejenis makanan yang akan disajikan di dalam dulang besar(talam)..agaknya itu yang dipanggil ambang...di dalam nasi ambang tersebut ada nasi, bihun atau mee goreng, sayur tumis, serunding (ni lah trade mark nasi ambang ni),kacang goreng, ikan masin, ayam yang tergolek..(bkn ayam golek)..biasa nyer kalu aku dengar dari arwah nenek aku...ayam engkong (aku sendiri tidak tau apa itu engkong..)tapi dari yang aku tau..ayam engkong ni daging ayam yang akan direbus di dalam kuah lemak...pergghhh...aku mmg suka sangat ayam ni...tetapi zaman dah modern ni ayam engkong dah ditukar kepada ayam goreng, ayam masak merah lah dan macam-macam lah janji ayam...tapi memandang arwah nenek aku ni "pure javanese" kami kena ikut tradisi turun temurun dia lah...sungguh pun emakku melayu...oleh kerana ipar duai mereka begitu..jadi emak yang memang hobi dia memasak..suka sangat untuk mempelajari resepi - resepi masakan jawa ini..dan mungkin kerana 'air tangan' emak aku...digemari..atas nasihat ipar duai dan rakan-rakan emak yang terdekat...emak menjadikan nasi ambang ni sebagai satu sumber 'wang masuk'...
Untuk Pengetahuan semua..nasi ambang ni banyak kategori dia...mengikut jenis kendurinya juga...kenduri arwah...yang aku tahu akan di bubuh kepala potong yang dibubuh rempah dan digoreng garing..bagi mengantikan serunding...bagi kenduri lenggang perut anak sulung (biasanya usia kandungan tujuh bulan)..akan nasi ambang ni special skit...ada di bubuh kerabu(masyarakat jawa mengenalinya sebagai keluban) yang mengandungi 10 jenis sayur-sayuran kampung...siap ada peria sumbat lagi tu...ni memang special....
itu saja pengenalan aku tentang nasi ambang...kalau ada yang terkurang harap maaf..kerana satu waktu aku keliru juga tentang adat-adat jawa ini...kerana keluarga hanya mengaplikasi budaya ini bila kami bercampur dengan suku sakat abah kami saja...bila bercampur dengan keluarga diseblah emakku lain pula gayanya...sedang bercakap bahasa jawa pun aku masih memerlukan sesorang untuk membantu sebagai jurubahasa...
* harga ikut harga semasa*

Nasi Ambang

Next Project :-

-Pembukaan saloon kecantikan (sedang dalam peringkat pencarian kedai baru)..kalau dah buka jemput-jemput datang..
* juga boleh membuat rawatan resdung
* facial muka
* urutan tradisional (maaf wanita sajer yer)
* sistem baru kepada yang ingin menjadi 'rakan niaga' (Hai-O Marketing - tanpa modal sehingga berpuluh ribu...
*Memasang dan mengantung Banner - permohonan permit diuruskan.
*Halwa Betik dari harga serendah RM 35 ke RM 60 ( ikut saiz)

Lagi Produk Hai-O

Lagi Produk Hai-O
Maharani

Celgynic

salah satu dr koleksi pelamin kami